ayat seribu
dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari
Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini
hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.
Ayat ini
mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang
sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang
beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala
kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di
sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal
bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di
darat dan di laut.
Jikalau
dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan
kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum,
insya’Allah si pesakit akan sembuh.
Jikalau
mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman
orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara,
beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu,
mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
Jikalau
masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul
dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya,
hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah
sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika
hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
Beginilah
bacaan ayat seribu dinar:
بسم الله الرحمن
الرحيم
ومن يتق الله يجعل
له مخرجا و يرزقه من حيث
لا يحتسب ومن
يتوكل على الله فهو حسبه ان الله بالغ امره قد جعل الله لكل شئ قدرا( الطالق :
2-3)
"Waman
Yattaqillaha Yaj’allahu Makhrajan Wa Yarzuqhu Min Haithu La Yahtasib. Waman
Yatawakkal ‘Allahi Fahuwa Hasbuh. Innallaha Balighu Amrihi Qad Ja’alahullahu
Likulli Syaiin Qadra."
Yang bermaksud: “..Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (Surah At Talaq Ayat 2-3)
Yang bermaksud: “..Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (Surah At Talaq Ayat 2-3)
Ayat seribu
dinar merupakan ayat kedua dan ketiga dari surah at Talaq. Diceritakan bahawa
seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini.
Telah dikhabarkan dalam banyak riwayat bahawa seorang saudagar telah selamat
dari pukulan ombak di dalam perjalanan pulang dari berniaga, dengan izin Allah
SWT. Kapal saudagar ini, bagaimanapun hanyut dipukul ombak tetapi hanya
beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu. Terdapat banyak lagi
kisah yang mana apabila ayat ini diamalkan dengan bersungguh-sungguh dan
sepenuh keyakinan akan membuahkan hasil yang tidak pernah terbayangkan.
Terdapat banyak fadilat apabila diamalkan, yang terutama ialah:
- Dibaca apabila dalam kesusahan dan mengharapkan bantuan serta kekuatan dari Allah SWT.
- Dibaca apabila telah atau ingin membuat satu keputusan dalam keadaan bertawakkal kepada Allah SWT terhadap apa jua timbal balik dari keputusan yang dibuat.
- Menghilangkan keresahan apabila dibaca dalam keadaan gusar dan resah.
- Dibaca apabila berada diatas kenderaan sebaiknya sehingga tiba di destinasi atau sebanyak yang mampu.
- Dimurahkan rezeki apabila berada dalam keadaan kesusahan dan diberikan petunjuk serta jalan keluar dengan tidak disangka-sangka.
- Terlindung dari bala bencana di darat dan di laut.
Terdapat beberapa waktu yang baik untuk mengulang-ulang zikrullah ini:
- Setiap selesai solat sekurang-kurangnya 3 kali.
- Setiap pagi dan petang.
- Setiap sebelum dan selepas bangun tidur.
- Setiap kali keluar rumah.
- Setiap sebelum memulakan sesuatu pekerjaan.
Walaupun
digalakkan sentiasa berada dalam keadaan berwuduk, mengulang-ulang ayat-ayat
Quran di bibir tidak dituntut dalam keadaan berwuduk. Bagi mereka yang sedang
dalam keadaan berhadas besar contohnya dalam keadaan haid dan sebagainya,
mereka boleh terus berzikir. Jikalau was-was lakukan dalam hati sehingga
didengari telinga sendiri.
Semoga kita
menjadi Muslim dan Muslimah yang lebih baik dengan ingatan yang tidak putus
kepada Allah SWT. Sesungguhnya ayat-ayat alQuran sangat ampuh jika diamalkan
sehari-harian. Selain ayat seribu dinar, banyak lagi ayat-ayat lain yang boleh
diamalkan termasuk ayat pendek basmalah. Kunci kepada keberkatan amalan ini
ialah melakukanya dengan ikhlas dan terus menerus sehingga ia menjadi teman
sebati hati kita sebagaimana firman Allah SWT:
“Sesungguhnya
orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila
disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila
dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan
kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.” (Al Anfal Ayat 2)
Coba antum lihat kembali Surah At-Talaq. Apakah sama dengan ayat diatas?
BalasHapusmohon izinkan untuk menjawab, surah dan ayat benar QS. ATH THALAQ 65:2 sampai 3, dibaca dari akhir ayat 2 sampai ayat 3, wallohu a'lam bishowab
Hapussubhanallah...ayat² Allah yg maha Agung😊
BalasHapusini ayah kenangan dr bapa mertua dibaca saat susah diamalkan setiap hari agar mudah... amin ya allah
BalasHapusShodaqolloh Al-Adzhiim
BalasHapusMaha Benar Alloh dengan segala firman-Nya...
Ini temasuk atat motifasi ibadah untuk lebih bertaqwa dan berserah diri hanya kepada Alloh SWT, Tuhan Semesata Alam
Izin save dan screen shot yaa 😊
BalasHapusJazakillah khoiron katsiro
BalasHapusAamiin
BalasHapusijin amalkan dan sebarkan. JAzaakumulloh
BalasHapusAmalan ayat tersebut saya dapat ijazah dari kyai Cirebon ,Alhamdullilah saya sudah merasakan khasiatnya .
BalasHapusMaha benar Allah dengan segala firmanNYA
BalasHapusMaaf untuk tata Krama atau adab ijazah itu harus ketemu langsung sama kyai atau ustadz lalu memberikan mahar seikhlasnya ,atau kalo lewat online suatu saat harus silaturahmi ke kyai tersebut ijazahnya biar Syah .
BalasHapusYang benar itu mempraktekkan isi kandungannya, bukan mewiridkan atau dibaca berkali-kali namun akhlaq dan Sunnah Rasulullah tidak dijalankan.
BalasHapusKalo berdzikir itu lillahi ta'ala tidak ada sedikitpun terbesit urusan lain apalagi dunia.